Masih belum terlambat untuk saya mengucapkan salam Ramadhan kepada semua umat Islam. Semoga segala apa amalan baik yang dikerjakan mendapat keredhaan dari-Nya, dan selamat berpuasa.

Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana puasa itu diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertaqwa. [TMQ Al-Baqarah (2) 183]

Sejak kecil saya telah disogokkan dengan bermacam-macam kisah yang baik berkenaan Ramadhan. Pada bulan inilah umat Islam diberikan keistimewaan. Segala ibadat yang dilakukan diberi ganjaran berlipat kali ganda. Terpanggil dengan ganjaran yang dijanjikan umat Islam tekun dan sopan beribadat dalam bulan ini.

Malangnya segala ketekunan dan kesopanan yang diamalkan hanya berlaku dalam bulan Ramadhan sahaja. Berakhirnya Ramadhan, berakhirlah amalan. Terfikir sejenak mengapa umat islam bersikap sedemikian. Adakah segala ibadah yang dilakukan selama ini hanya sekadar ikut-ikutan dan tidak bersandarkan pegangan akidah dan iman yang kukuh?

Kita perlu mencari jalan pulang. Wallahualam.